KUALA LUMPUR 12 Okt. – Sebanyak dua pusat pemindahan dibuka dalam tempoh 24 jam berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam hingga pagi ini menyebabkan lima daerah di Selangor dinaiki air.
Menurut Smart Selangor Command Centre (SSCC), daerah yang dikenal pasti terlibat ialah Petaling, Sepang, Kuala Langat, Klang dan Kuala Selangor.
“Pusat pemindahan yang dibuka iaitu di Surau Nurul Sham, Jalan Merbuk Batu 9, Kebun Bharu di Kuala Langat melibatkan 16 mangsa.
“Sebuah lagi pusat pemindahan di Masjid Attaufiqiyah Desa Coalfields yang menempatkan seramai 27 mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
SSCC memberitahu, kawasan Petaling pula melibatkan Jalan Hamzah, Jalan Paip, Kampung Budiman, Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa dan Jalan Merbau.
“Di Kuala Selangor pula, antara yang terjejas ialah Kampung Bukit Kuching; Kampung Tengah; Kampung Parit Mahang; Kampung Harmoni Ijok; Kampung Baru, Sungai Buloh; Jalan Alias 1, Batu 8, Kampung Ijok; Jalan Parit Tengah dan Jalan Robinson.
“Sepang pula melibatkan Kampung Cemperai dan Kampung Sri Tanjung diikuti Kuala Langat (Jalan Masjid Batu 9, Teluk Panglima Garang, Jalan Rajawali dan Jalan Sukepi) dan Klang (Jalan Kenangan serta Jalan Benteng),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE











