Cucu lelaki jadikan rumah nenek tempat hisap syabu - Utusan Malaysia

Cucu lelaki jadikan rumah nenek tempat hisap syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Seorang cucu lelaki berusia 16 tahun sanggup menjadikan rumah neneknya sebagai lokasi menghisap dadah syabu sejak lebih setahun lalu di Santan di sini.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis, Azizah Ahmad berkata, remaja yang masih bersekolah itu ditahan bersama rakannya yang berusia 13 tahun dalam Ops Aduan malam semalam.

“Semasa ditahan, mereka berdua sedang asyik menagih dadah. Siasatan awal mendapati, remaja itu tinggal bersama neneknya yang berusia 70 tahun setelah ayahnya meninggal dunia sementara ibunya pula tinggal berasingan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Neneknya hanya tinggal berseorangan apabila suaminya juga telah lama meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, di sebuah ladang mempelam harumanis di sini, sembilan lelaki berusia antara 16 hingga 40 tahun ditahan ketika sedang leka menghisap dadah.

“Beberapa penagih yang terkejut dengan kehadiran pegawai kami cuba bertindak melarikan diri ke kawasan sawah berdekatan.

“Namun, pegawai AADK berjaya menahan mereka kerana situasi sawah yang berselut menyukarkan penagih itu melarikan diri,” kata Azizah.

Hasil ujian air urin mendapati 10 penagih positif syabu sementara baki seorang penagih positif candu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1), Seksyen 4 (1)(b) dan Seksyen 6 (2)(d) Akta Penyalahgunaan Dadah 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini