Penyokong PH berpecah, Pas jangka undi Anwar lebih rendah - Utusan Malaysia

Penyokong PH berpecah, Pas jangka undi Anwar lebih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 12 Okt. – Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menerima jumlah yang lebih rendah daripada yang diramalkan oleh Institut Darul Ehsan (IDE).

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad 

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, situasi itu dijangka berlaku kerana sebahagian penyokong PH mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri.

“Undi penyokong PH mungkin pecah kerana yang sokong Dr. Mahathir tidak akan sokong Anwar,” katanya dalam sidang akhbar di di Markas Induk Pas bagi PRK Parlimen Port Dickson di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, IDE membentangkan kajian yang mendapati tahap sokongan pengundi di Port Dickson terhadap Anwar adalah pada tahap 74 peratus.

Beliau turut mempersoalkan ketepatan kajian yang dilakukan IDE terutamanya apabila melibatkan calon-calon lain yang turut bertanding.

“Kita tahu siapa di belakang IDE,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini