SAUDARA PENGARANG,
BETULKAH Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah digantikan dengan wang sara hidup(WSH).
Walaupun GST dan RON95 telah ditambat, kerajaan tidak ada liabiliti untuk bayar WSH. Namun ia perlu diberi kepada rakyat untuk kekalkan kos sara hidup yang relevan.
WSH ini dapat mengimbangi petunjuk ekonomi.
Ini termasuk pendapatan boleh guna, hala tuju pusingan wang di pasaran, inflasi dan banyak lagi.
WSH juga boleh diimplementasikan dengan menguncupkan sektor kurang penting.
Perbelanjaan sektor terbabit boleh disalurkan untuk peruntukan WSH.
Diyakini WSH adalah perlu kerana jadi perbandingan ekonomi atau kos sara hidup di negara-negera lain di dunia.
WSH juga dapat memperjuangkan hak kesihatan serta taraf hidup rakyat negara ini serta boleh menyaingi kos seperti dinikmati oleh rakyat Singapura, Korea Selatan, Jepun, China, Amerika Syarikat Britain.
Apa pun, rakyat perlulah tunggu pengumuman Bajet 2019 dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
Memang rakyat mengharapkan sesuatu!
DON,
Kuala Kurau,Perak











