KUALA LUMPUR 11 Okt. – Pemain Amerika Syarikat (AS), Bronson Burgoon beraksi cemerlang dengan mendahului saingan hari pertama kejohanan golf CIMB Classic yang berlangsung di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini hari ini dengan kelebihan satu pukulan. Pemain berusia 31 tahun itu melakukan lapan birdie dan satu bogey selain meraih satu eagle di lubang ke-18 untuk catatan 63 pukulan, sembilan di bawah par untuk mengatasi rakan senegaranya, Austin Cook yang melakukan catatan 64 pukulan, lapan di bawah par. Scott Piercy dan Billy Horschel berkongsi kedudukan ketiga dengan 65 pukulan, tujuh di bawah par. Sementara itu, pemain No.4 dunia, Justin Thomas berkongsi kedudukan keenam dengan tujuh pemain lain selepas melakukan 66 pukulan, enam di bawah par manakala juara bertahan, Pat Perez berkongsi kedudukan ke-35 bersama 12 lagi pemain dengan catatan 70 pukulan, dua di bawah par. Pemain negara, Ben Leong berada dalam kelompok 20 pemain teratas dengan catatan empat di bawah par 68 manakala seorang lagi wakil Malaysia, Jeremiah Kim berkongsi kedudukan ke-75 dengan Kelly Kraft selepas meraih 76 pukulan, empat di atas par.-UTUSAN ONLINE
Berita berkaitan:











