Wanita terjun teksi minta bantuan polis - Utusan Malaysia

Wanita terjun teksi minta bantuan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Seorang wanita dipercayai warga asing sanggup terjun keluar dari teksi dinaikinya dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Raya Damansara – Puchong, di Sri Damansara dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, selepas terjun, wanita terbabit cuba mendapatkan kenderaan pacuan empat roda pasukan polis trafik yang kebetulan berada berdekatan lampu isyarat tersebut.

“Anggota polis trafik tersebut terus menghubungi ambulans yang kemudian membawa wanita itu ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh kerana pertuturannya sukar difahami, identitinya masih belum dikenal pasti namun kita percaya dia mengalami trauma kemungkinan akibat didera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zani, pihaknya akan mengambil keterangan dari pemandu teksi terbabit dan Pegawai Penyiasat dari Bahagian Jenayah Seksual Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah dihantar ke hospital untuk mengambil keterangan wanita tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini