Mohd. Isa harapkan hubungan baik dengan penduduk - Utusan Malaysia

Mohd. Isa harapkan hubungan baik dengan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Calon Bebas, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengharapkan hubungan akrab beliau dengan penduduk daerah ini sejak 40 tahun lalu akan memberi kelebihan kepadanya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Mohd. Isa berkata, beliau juga berharap pengalamannya sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dapat meyakinkan penduduk Port Dickson memilih beliau sebagai Ahli Parlimen daerah ini.

“Berdasarkan pengalaman, saya akui saya tahu apa masalah penduduk Port Dickson dan mereka boleh berhubung dengan saya secara terus sebab kami mempunyai hubungan selama berpuluh tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, saya berharap pengundi beri peluang kepada saya. Buat pertama kali saya dapat bertanding sebagai Ahli Parlimen di Port Dickson dan saya akan berkhidmat sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita di Pasar Lukut dekat sini pagi ini.

PRK PD
Mohd. Isa berharap pengalaman 22 tahun sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dapat meyakinkan pengundi untuk mengundinya Sabtu ini.

 

Mohd. Isa berkata, beliau tiada strategi tertentu pada hari terakhir berkempen sebaliknya bertemu dengan seramai mungkin pengundi kerana percaya kaedah itu lebih berkesan bagi meraih undi.

Menurutnya, ia termasuk bersemuka dengan rakan-rakan berketurunan Cina bagi meminta mereka membantu beliau mendapatkan undi daripada pengundi Cina Port Dickson pada Sabtu ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini