Kampung Seri Sentosa dilanda banjir, 25 penduduk dipindahkan - Utusan Malaysia

Kampung Seri Sentosa dilanda banjir, 25 penduduk dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Seramai 25 penduduk Kampung Seri Sentosa, Ijok, melibatkan sembilan keluarga dipindahkan berikutan kejadian banjir yang melanda kampung itu, di sini tengah malam tadi.

Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd. Noor berkata, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara yang dibuka di Masjid At Taufiqiyyah, kampung berkenaan.

Katanya, pecahan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan ialah enam lelaki dewasa, perempuan dewasa (4), kanak-kanak lelaki (2), kanak-kanak perempuan (2) dan warga emas lelaki (5) serta warga emas perempuan (6).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pusat pemindahan itu mula beroperasi pada pukul 1 pagi bagi menempatkan mangsa banjir selepas kediaman penduduk terbabit ditenggelami banjir sedalam 1.8 meter.

“Kejadian banjir ini berlaku berikutan limpahan air dari sungai berdekatan akibat hujan lebat yang turun berterusan selama beberapa jam sebelum itu,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

banjir
Kampung Seri Sentosa ditenggelami air sedalam 1.8 meter selepas air sungai berdekatan melimpah berikutan hujan lebat berterusan pada lewat malam tadi.

 

Katanya, operasi pemindahan penduduk dilakukan pasukan keselamatan seperti Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian banjir setelah paras air dilaporkan naik mulai pukul 12.30 tengah malam.

“Agensi di bawah jawatankuasa ini akan terus melakukan pemantauan di lokasi terjejas banjir selain memastikan kebajikan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan ini,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini