GERIK 11 Okt. – Gunung Kenderung di sini tidak selamat untuk aktiviti pendakian ketika ini ekoran tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan dan hakisan tanah.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, gunung berkenaan berisiko tinggi terutamanya pada laluan trek mendaki, malahan kawasan tapak perkhemahannya juga mengalami mendakan tanah serta kerosakan teruk.
“Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Jabatan Perhutanan Gerik untuk perhatian dan tindakan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Diharap pihak berkenaan tidak memberi kebenaran kepada pendaki untuk mendaki gunung tersebut kerana ia berisiko tinggi selain atas faktor keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











