Muhammad Pengerusi Lembaga Pengarah Unisza - Utusan Malaysia

Muhammad Pengerusi Lembaga Pengarah Unisza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Okt. – 
Sebelum ini, manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menjanjikan autonomi dan membebaskan universiti awam (UA) daripada campur tangan politik.

MUHAMMAD NUR MANUTY

Walau bagaimanapun, manifesto tersebut seolah-olah tidak ditepati apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Terbaharu, Pengerusi PKR Perak, Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty pula dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) selama tiga tahun, berkuat kuasa 1 Oktober lalu sehingga 30 September 2021.

Muhammad yang pernah bertugas sebagai Dekan Hal Ehwal Pelajar UIAM mengesahkan telah menerima surat pelantikan tersebut, dua minggu lalu.

“Saya terima surat daripada Menteri Pendidikan dua minggu lalu dan saya setuju pelantikan tersebut berdasarkan pengalaman dalam bidang akademik sebelum ini.

“Visi saya ialah untuk meneruskan integrasi antara ilmu wahyu dan akal serta memantapkan lagi kecemerlangan pelajar-pelajar di sana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini