Geng samun Alza Biru tumpas - Utusan Malaysia

Geng samun Alza Biru tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kumpulan penjenayah pecah rumah yang bergiat aktif dalam tempoh dua bulan lalu dikenali sebagai Geng Alza Biru tumpas selepas tiga ahlinya termasuk ketua kumpulan dicekup di sekitar Su­ngai Petani dan Kuala Ketil, Kedah semalam.

Kesemua suspek yang berusia antara 41 hingga 63 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 pagi dalam operasi khas polis.

Kumpulan itu dikatakan mula aktif selepas ketua kumpulannya yang berusia 57 tahun baru sahaja keluar daripada penjara kira-kira dua bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol Samah berkata, pihaknya me­lakukan Ops Alza selepas menerima laporan mengenai ke­giatan pecah rumah di Mengkuang Semarak, Bukit Mertajam dekat sini bulan lalu.

Menurut beliau, mangsa merupakan pembaca berita di rangkaian TV9, Suzila Idayu Yaacob dan ahli keluarga mentuanya.

“Dalam kejadian itu, tiga suspek bertopeng telah memecah masuk rumah mentua mangsa kira-kira pukul 4.30 pagi sebelum mengikat mangsa dan ahli keluarganya sebelum melarikan pelbagai barang melibatkan kerugian kira-kira RM20,000.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini