Malaysia tambah dua emas lagi - Utusan Malaysia

Malaysia tambah dua emas lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kontinjen negara berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran 15 pingat emas dalam Sukan Para Asia 2018 apabila memenangi dua lagi emas pada hari kelima temasya itu berlangsung.

Paling mencuri tumpuan ialah juara Paralimpik Rio, Ridzuan Puzi yang menambah satu lagi koleksi emas peribadinya menerusi acara 400 meter (m) T36 (cerebral palsy) dengan catatan masa 59.36 saat (s).

Pingat perak dimenangi atlet Oman, Al Harrasi Taha Abdullah Rashid (59.75s) manakala gangsa milik Kahrizi Farhad dari Iran (1:00.39s).

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad pingpong turut menyumbang satu emas menerusi beregu kategori TT8-9 (kecacatan anggota badan), Chee Chao Ming dan Ting Ing Hock yang menewaskan pasangan Indonesia, Prahasta Mohamad Rian-Kusnanto Kusnanto 11-7, 8-11, 11-6 dalam perlawanan akhir.

Dua emas dimenangi hari ini membantu Malaysia menduduki tempat kelapan kedudukan keseluruhan selepas mengutip sembilan emas, 12 perak dan 17 gangsa.

Kntinjen negara menyasarkan 15 pingat emas untuk menyamai pencapaian dilakukan dalam Sukan Para Asia di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Temasya di Jakarta bermula pada 6 Oktober lalu dan akan berakhir pada 13 Oktober ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini