Langkah lepaskan aset Khazanah, PNB usaha menutup kelemahan PH - Utusan Malaysia

Langkah lepaskan aset Khazanah, PNB usaha menutup kelemahan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Pemuda UMNO menyifatkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melepaskan aset bukan teras dan bukan strategik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) sebagai usaha menutup kelemahan sendiri.

Naib Ketuanya, Shahril Sufian Hamdan mendakwa, langkah drastik itu dibuat semata-mata mahu mengambil jalan pintas mendapatkan pulangan jangka pendek ekoran banyak pelaburan PNB mencatat prestasi buruk selepas PH memerintah.

Ujarnya, tindakan tersebut juga umpama menodai kepentingan dan amanah kedua-dua organisasi berkenaan dalam menjaga serta memajukan ekonomi bumiputera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PNB adalah instrumen pemilikan ekonomi bumiputera yang berjaya meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam pelaburan ekuiti, di mana 85 peratus daripada 13 juta pelaburnya adalah golongan tersebut.

“Kendalilah ekonomi dengan baik dan usah mengambil langkah penjualan aset semata-mata mahu menutup kelemahan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua semalam berkata, Khazanah dan PNB dijangka mengkaji semula dan mencairkan beberapa aset tidak strategik sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kerajaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini