Ahli Parlimen Labuan dijangka keluar UMNO, sertai Warisan esok - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Labuan dijangka keluar UMNO, sertai Warisan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Selepas lima anggota Parlimen mengambil keputusan meninggalkan UMNO, terbaharu dijangka Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli pula akan meninggalkan parti tersebut esok.

Menurut sumber, sejak dua minggu lalu desas desus kuat mengatakan bahawa Rozman akan keluar daripada UMNO dan dipercayai menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Datuk Rozman enggan menggulas lanjut mengenai perkara ini. Kami menghormati keputusan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenyataan penuh mengenai dakwaan meninggalkan UMNO akan diumumkan secara rasmi esok,” kata sumber ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Terdahulu, pada bulan lalu, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Ahli Parlimen Jeli Datuk Mustapha Mohamed dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin telah keluar UMNO.

Ini termasuklah, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali.

Sementara itu, difahamkan Rozman juga akan menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking yang dijadualkan mengunjungi Labuan esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini