Calon Pas jemput Ustaz Azhar Idrus bantu kempen - Utusan Malaysia

Calon Pas jemput Ustaz Azhar Idrus bantu kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 10 Okt. – Berbaki dua hari tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar menjemput penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus untuk bersama membantu kempen beliau.

Jelasnya, selain Azhar, turut akan bersama turun padang ke Port Dickson ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Saya sedang menghubungi Menteri Besar Kelantan, Menteri Besar Terengganu dan Ustaz Azhar Idrus, sekiranya dalam tempoh dua hari ini kami dapat khidmat mereka kami akan cuba gemblengkan gerak kerja bersama pemimpin ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemimpin lawan pun mereka bawa Tun (Mahathir), kalau mereka bawa Perdana Menteri saya pun harap tokoh-tokoh ini dapat hadir membantu saya,” katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di Lukut di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas peratus keluar mengundi awal yang rendah semalam, Mohd. Nazari memaklumkan antara penyebabnya adalah ada di antara pemilih sebelum ini telah ditukarkan dan bertugas di kawasan lain.

“Saya bertanya dengan beberapa pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson saya dimaklumkan ada pemilih dan keluarga baru sahaja ditukarkan dan bertugas di tempat lain.

“Ini yang menyebabkan peratus keluar bagi mengundi awal adalah rendah kerana untuk mereka kembali dan mengundi semula dilihat bukan seperti satu keperluan, begitu juga di kem-kem tentera,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini