Empat mangsa keracunan laksa masih dirawat di Perak - Utusan Malaysia

Empat mangsa keracunan laksa masih dirawat di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 10 Okt. – Empat pesakit yang mengalami keracunan makanan setelah dipercayai memakan laksa di sebuah gerai di Kupang, Baling masih dirawat di Hospital Gerik.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ding Lay Ming berkata, kesemua pesakit tersebut berada dalam keadaan stabil.

“Bilangan kes semasa di hospital adalah sebanyak empat kes dan kesemua yang berada di Hospital Gerik kini dilaporkan stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua klinik kesihatan dan hospital di negeri ini diarahkan untuk memaklumkan Pegawai Kesihatan Daerah di tempat masing-masing jika mengesan kes acute gastroenteritis (AGE) atau cirit birit yang ada kaitan dengan laksa dari gerai tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sehingga semalam, terdapat pertambahan sebanyak 42 kes baharu disyaki akibat memakan laksa di gerai sama iaitu 14 kes di Kedah, tujuh di Perak dan 21 kes di Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini