Kelantan teruskan SOP cegah maksiat seperti biasa - Utusan Malaysia

Kelantan teruskan SOP cegah maksiat seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 10 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencegahan aktiviti khalwat atau maksiat lain yang berlaku di negeri ini seperti biasa.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tiada sebarang aduan mahupun rungutan berkaitan SOP yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) selama ini. 

“Setakat ini tiada sebarang aduan berhubung pelaksanaan operasi itu sebab kita ada kaedah tersendiri serta meneruskan SOP seperti biasa. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, SOP cegah maksiat itu memang kemas sebab dibuat oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut bukannya orang politik. 

“Pada pandangan saya, sekiranya ada kelemahan dan kekurangan pada SOP yang diguna pakai, itu yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan bukan membuang sepenuhnya,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini. 

Beliau mengulas mengenai kontroversi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berhubung isu serbuan khalwat baru-baru ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini