KUALA LUMPUR – Rata-rata penduduk di Lembah Klang yang terlibat dengan gangguan bekalan air hingga Jumaat ini dilihat sudah membuat persiapan awal bagi menghadapi masalah tersebut.
Gangguan bekalan air itu melibatkan 342,000 akaun pengguna membabitkan kira-kira tiga juta pengguna di Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat berikutan kerja-kerja penggantian peralatan kritikal yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).
Tinjauan Kosmo! di beberapa lokasi di ibu kota semalam mendapati kebanyakan daripada penduduk terpaksa meluangkan masa antara setengah jam ke sejam bagi menyimpan air.
Penduduk di sekitar Seri Kembangan, Selangor yang turut terjejas bekalan air pula dilihat mengumpul air dalam bekas plastik pelbagai saiz.
Bagi seorang penduduk Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan, Siti Fatimah Mohd. Yusof, 44, dia mula mendapat notis berkaitan gangguan bekalan air daripada Air Selangor bermula Jumaat lalu sebelum mengambil langkah menyimpan air bagi kegunaan harian keluarganya.
“Gangguan pada kali ini agak panjang iaitu selama empat hari bermula hari ini (semalam) hingga Jumaat ini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










