Gesa PH teruskan 2 projek jambatan - Utusan Malaysia

Gesa PH teruskan 2 projek jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 7 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu meneruskan projek pembinaan dua buah jambatan di dua kampung dalam daerah ini kerana kemudahan itu mendesak dan amat diperlukan.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pembatalan kedua-dua projek di Kampung Sepah Beruang dan Kampung Parit Markom itu menyukarkan penduduk setempat.

“Kerja-kerja bagi kedua-dua projek ini sudah mencapai 15 peratus perlaksanaan tetapi ditangguhkan tanpa menyatakan sebab-sebab mengapa dibatalkan oleh kerajaan PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jambatan ini merupakan laluan penting penduduk menghantar anak-anak mereka ke sekolah mahupun menjalankan urusan harian walaupun ketika ini ada laluan alternatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan program Ziarah Kasih di Kampung Parit Seme­rah, di sini kelmarin.

Jambatan Kampung Sepah Beruang runtuh pada 23 Januari tahun lalu manakala jambatan Kampung Parit Markom pula runtuh pada 19 Mac tahun lalu, kedua-duanya berpunca daripada arus deras.

Ahmad berkata, penduduk mengharapkan kerja-kerja membina dua jambatan disam­bung semula bagi kemudahan orang ramai yang terpaksa mengambil masa agak lama untuk ke sekolah.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menambah, projek-projek yang diluluskan sebelum ini merupakan projek bagi kemudahan orang ramai terutama di kawasan luar bandar.

“Ini termasuk balai raya, dewan serbaguna, bina infrastruktur, projek baik pulih masjid dan surau untuk keselesaan orang ramai dan tiada berunsur politik kepartian,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini