Pasukan penyelamat Perancis cari anggota badan mangsa Palu - Utusan Malaysia

Pasukan penyelamat Perancis cari anggota badan mangsa Palu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALU 6 Okt. – Pasukan penyelamat dari Perancis memulakan pencarian dalam timbunan kayu dan besi bagi mencari tangan , kaki atau mana-mana anggota badan mangsa gempa yang tersangkut pada lumpur.

Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, mangsa Tsunami dan gempa bumi di Sulawesi direkodkan lebih 1,600 penduduk, mesti ditemukan.

Pasukan penyelamat itu ditugaskan untuk mencari dan mengambil semula mayat bertujuan memberi laluan kepada jentera berat untuk masuk dan menggali lebih dalam lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia akan menjadi tugas yang panjang dan sukar.

“Kami akan membersihkan semua runtuhan cetek yang berada di atas dan masuk ke ruang dan lihat jika ada mayat,” kata Allibert kepada Reuters ketika meninjau runtuhan yang mengerikan. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini