Daim bantu kempen Anwar - Utusan Malaysia

Daim bantu kempen Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 6 Okt. – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin petang tadi hadir dalam kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Daim yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, rakyat termasuk golongan nelayan di Port Dickson perlu memilih Anwar agar setiap masalah yang dihadapi golongan itu ketika ini dapat diselesaikan.

“Lepas ini kalau nak selesaikan masalah, pilihlah Datuk Seri Anwar, kita suruh dia selesaikan masalah, tujuan pilih dia supaya dapat selesaikan masalah tuan-tuan dan puan-puan, insya-Allah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila pilih dia, kita harap dia akan menyelesaikan masalah, jadi pada 13 Oktober ini, beramai-ramai keluar pilih bakal yang amat berhormat. Kita Pilih dia untuk membela tuan-tuan dan puan-puan, kalau besok dia tak bela, beritahu,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu beucap dalam program minum petang bersama nelayan di Kampung Nelayan, Telok Kemang di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, Anwar berkata, kehadiran Daim adalah begitu bermakna terutama dalam membantu program kempennya.

“Tun Daim Zainuddin dulu Menteri Kewangan sekarang beliau merupakan seorang yang bertanggungjawab menasihat Perdana Menteri dan kerajaan tentang permasalahan ataupun kewangan dan ekonomi negara.

“Kehadirannya itu sangat bermakna bagi kita, nak tunjuk bahawa beliau bukan sahaja bercakap soal bank-bank besar, ekonomi dan 1MDB tetapi datang untuk melihat kampung nelayan.

“Beliau berkata apa-apa masalah beritahu saya tetapi yang boleh selesaikan masalah sekarang ini ialah beliau,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini