Tiada kaki tetapi tabah, berbakat - Utusan Malaysia

Tiada kaki tetapi tabah, berbakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARRANQUILLA 5 Okt. – Seorang pendatang asing dari Venezuela, Alfonso Mendoza dilahirkan tanpa kaki, ditinggalkan oleh ibu bapanya dan sering cuba untuk membunuh diri.

Dilahirkan dalam keadaan ku­rang upaya sejak kecil, dia diabaikan oleh ibu bapanya dan dijaga oleh neneknya.

Namun, neneknya meninggal dunia ketika dia baru berusia sembilan tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mendoza atau dikenali sebagai Alca terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan sentiasa dibuli di sekolah.

“Mereka pernah meletakkan saya dalam bakul sampah atau mengunci saya dalam bilik air,” kata Alca.

Dia juga pernah mengalami masalah tekanan dan cuba untuk membunuh diri ketika berusia 13 tahun.

Namun muzik dan seorang rakannya yang membantu menukarkan kerusi roda Alca dengan papan selaju bagi memudahkan pergerakan, telah menyelamatkan nyawa Alca.

Kini Alca sering berge­rak menggunakan papan selaju tersebut dan membawanya bersama ketika datang ke Colombia.

“Perjalanan ketika itu adalah sukar kerana perlu berdepan dengan gerila dan Pengawal Kebangsaan Ve­nezuela,” katanya.

Alca menyara hidupnya de­ngan menyanyi lagu berunsur rap di atas pengangkutan awam.

Pada hari tertentu, Alca mampu meraih pendapatan kira-kira AS$10 (RM41.50) sehari berban­ding di Venezuela hanya mendapat AS$30 (RM124.40) sebulan.

Alca bagaimanapun dianu­gerahkan seorang cahaya mata yang lahir pada bulan lalu.

“Ketika saya tahu saya akan menjadi seorang bapa, saya terpaksa datang ke Colombia,” ujar­nya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini