Cuaca mendung iringi pemergian Joe - Utusan Malaysia

Cuaca mendung iringi pemergian Joe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 4 Okt. – Cuaca mendung mengiringi upacara pengebumian anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Terap, di sini.

Jenazah Muhammad Hifdzul Malik atau mesra dengan panggilan Joe selamat dikebumikan pada pukul 5.20 petang.

Terdahulu, jenazah allahyarham yang dibawa dari Shah Alam tiba di rumahnya pada pukul 5 petang untuk urusan solat jenazah sekali lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Solat tersebut diimamkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub bersama 200 tetamu termasuk pegawai dan anggota serta penduduk kampung.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Pasir Datuk Hanifa Ahmad; Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhi Shaari serta Pengarah Bomba negeri, Nazili Mahmood.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi, enam anggota bomba dari PPDA Selangor terkorban ketika melakukan usaha mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh kedalam kawasan lombong di Taman Putra Perdana, Selangor malam semalam.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada pusaran air deras yang terjadi akibat hujan lebat sejak petang.

Lima lagi yang terkorban ialah Mohd. Fatah Hashim, 34; Adnan Othman, 33; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; dan Yahya Ali, 24. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini