Emak bangga dengan Joe - Utusan Malaysia

Emak bangga dengan Joe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 4 Okt. – Pemergian anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, yang sanggup mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan seorang remaja yang lemas dalam lombong di Taman Putra Perdana, Selangor malam tadi cukup membanggakan ibunya.

Wan Kamilah Wan Yaacob, 53, berkata, dia reda dengan kejadian itu kerana Muhammad Hifdzul atau lebih mesra dengan panggilan Joe pergi ketika menjalankan tugas yang cukup diminatinya itu sejak kecil lagi.

 “Joe memang cukup minat dengan bomba, sebaik sahaja menamatkan pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dia terus memohon untuk menjadi anggota pasukan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah lima tahun Joe bertugas sebagai anggota bomba dibawah PPDA dan apa yang berlaku semua ini adalah satu ketentuan dari Allah,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kubang Terap, di sini hari ini.

 Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam tadi, enam anggota bomba  PPDA Selangor terkorban ketika melakukan usaha mencari dan menyelamat seorang remaja di kawasan lombong berkenaan.

 Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada pusaran air deras yang terjadi akibat hujan lebat sejak petang.

 Lima lagi yang terkorban ialah Mohd. Fatah Hashim, 34: Adnan Othman, 33,
Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

 Wan Kamilah memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan Joe dua hari lalu.

 Katanya, Joe seorang anak yang baik, peramah dan sering mengambil berat soal keluarga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini