Caj baharu perundingan pengamal perubatan belum diputuskan lagi - Utusan Malaysia

Caj baharu perundingan pengamal perubatan belum diputuskan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Kementerian Kesihatan masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan berhubung cadangan kenaikan kadar caj perundingan pengamal perubatan bagi perkhidmatan di klinik dan hospital swasta di seluruh negara.

Menterinya, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, hasil sesi town hall pada 27 Ogos lalu bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan pemegang-pemegang taruh itu dihantar kepada kedua-dua kementerian terbabit untuk semakan harga sebelum dibawa ke Kabinet.

“Sebarang keputusan hanya akan dimuktamadkan selepas mesyuarat Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Jururawat Antarabangsa di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Azman Abu Bakar memberitahu, caj yang kini dikenakan adalah pada kadar RM10 hingga RM35 itu tidak disemak hampir 12 tahun. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini