PORT DICKSON 4 Okt. – Cuaca panas terik di sini sejak beberapa hari sebelum ini, tiba-tiba disiram hujan lebat.

Hujan lebat seolah-olah turut meratapi pemergian anggota bomba yang terkorban ketika operasi menyelamat remaja lemas di lombong Putra Perdana, Puchong malam tadi.
Bagaimanapun hujan berhenti sebaik jenazah Adnan Othman tiba di rumah keluarganya di sini dan diganti pula dengan esak tangis ahli keluarga.
Memuatkan artikel berkaitan…
Video oleh MOHD. FIKRI FADZIL
Adnan merupakan salah seorang daripada enam anggota bomba yang terkorban dalam tragedi malam tadi.- Utusan Online











