Messi ranap harapan Spurs untuk berkongsi mata - Utusan Malaysia

Messi ranap harapan Spurs untuk berkongsi mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Okt. – Penyerang Barcelona, Lionel Messi menggambarkan Tottenham seperti hilang arah terutama selepas dia meledak dua gol untuk kemenangan 4-2 ke atas kelab Liga Perdana Inggeris itu di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut Spurs berjaya menyamakan kedudukan 2-2 selepas Barcelona mendahului menerusi jaringan Philippe Coutinho dan Ivan Rakitic.

Bagaimanapun, hasrat Spurs untuk berkongsi mata dengan kelab La Liga berkenaan tidak kesampaian apabila Messi meledak dua gol sewaktu separuh masa kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada istilah mudah buat kami biarpun telah meraih kemenangan terutama menentang pasukan seperti Tottenham dalam aksi Liga Juara-Juara.

“Ia satu ujian besar buat kami dan kami berupaya mempamerkan prestasi terbaik malah menguasai perlawanan dengan baik,” kata Messi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini