PSG berpesta gol dalam aksi Liga Juara-Juara - Utusan Malaysia

PSG berpesta gol dalam aksi Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 4 Okt. – Paris St. Germain (PSG) berada di landasan terbaik dalam kempen Liga Juara-Juara apabila meraih kemenangan 6-1 ke atas kelab Serbia, Red Star Belgrade yang menyaksikan Neymar melakukan hatrik dalam saingan peringkat Kumpulan C.

Dalam perlawanan tersebut Neymar menjaringkan gol pada minit ke-20, ke-22 dan ke-81 manakala tiga lagi jaringan PSG diperoleh menerusi Edinson Cavani pada minit ke-37, Angel Di Maria pada minit ke-41 dan Kylian Mbappe sewaktu minit ke-70.

Jurulatih PSG, Thomas Tuchel berkata, pasukannya berada di tempo yang terbaik dalam perlawanan tersebut dalam masa sama Neymar juga telah mempamerkan kecemerlangannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kekuatan kami juga sudah semakin baik dalam setiap perlawanan dan anda dapat melihatnya.

“Neymar adalah pemain terbaik di Eropah malah kami mempunyai beberapa pemain handalan lain dalam pasukan ini,” kata Tuchel. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini