Mohamed Hanipa sebak ziarah keluarga wira tak didendang - Utusan Malaysia

Mohamed Hanipa sebak ziarah keluarga wira tak didendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 3 Okt. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Mohamed Hanipa Maidin sebak menziarahi keluarga Allahyarham Abdul Kadir Bujang, 57, yang meninggal dunia ketika membawa empat kucing jalanan pada bulan lalu di Kampung Semariang Tanah Merah, Lorong Bentara 4B, Kuching.

Menurutnya, ketika mengetahui kejadian tersebut beliau berasa simpati malah kagum dengan sikap mulia Allahyarham yang patut diteladani rakyat Malaysia.

“Saya menziarahi keluarga Allahyarham hari ini bagi memberi sokongan moral dan menunjukkan rasa simpati serta kagum dengan tindakan arwah untuk memelihara kucing jalanan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah saya sendiri memberitahu kepada anak-anak mengenai sikap mulia ini yang perlu dicontohi, bukan tujuan kedatangan ini untuk politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menziarah keluarga ‘Wira Tak Didendang’, arwah Abdul Kadir di rumahnya di Kampung Semariang Tanah Merah, sebentar tadi.

Turut hadir, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Sarawak, Mohamad Fidzuan Zaidi.

Berbual bersama keluarga mangsa
MOHAMED Hanipa Maidin (kiri) berbual bersama keluarga arwah Abdul Kadir Bujang ketika berkunjung ke rumah keluarganya di Kampung Semariang Tenah Merah di Kuching pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Allahyarham yang menemukan empat ekor kucing jalanan di kawasan rumah mahu memeliharanya di tempat kerja.

Bagaimanapun ketika dalam perjalanan ke tempat kerja bersama kucing jalanan itu, motosikal ditunggangi Allahyarham terbabas lalu terlanggar pembahagi jalan di Bulatan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Jalan Semariang, Kuching pada 21 September lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini