[VIDEO] Takkan 40 peratus sahaja undi bakal PM - Azmin - Utusan Malaysia

[VIDEO] Takkan 40 peratus sahaja undi bakal PM – Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 2 Okt. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali merayu pengundi Port Dickson yang berada di luar negara supaya pulang mengundi bagi memberi kemenangan dengan majoriti besar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang turun berkempen untuk Anwar selaku calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, menggesa para pengundi agar keluar beramai-ramai mengundi Anwar pada hari pengundian pada 13 Oktober ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Takkan hanya 40 peratus yang keluar mengundi bakal Perdana Menteri?

“Jadi saya meminta pengundi yang turut berada di luar negara supaya pulang mengundi dan pastikan enam calon lain hilang wang deposit,” katanya ketika berucap pada kempen PRK Port Dickson di sini malam ini.

Azmin yakin kehadiran Anwar di Parlimen akan dapat membantu memulihkan keadaan ekonomi negara.

“Kita ada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan dengan adanya Anwar akan memantapkan lagi pentadbiran negara,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini