Yamaha perkenal model baharu MT-07 - Utusan Malaysia

Yamaha perkenal model baharu MT-07

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Yamaha) memperkenalkan edisi terbaharu MT-07 bertemakan Dark Attraction bermula bulan ini.

Yamaha dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, model tersebut masih mengekalkan enjin crossplane berkapasiti 689 cc, dua silinder selari dengan diberikan beberapa penambahbaikan termasuk dilengkapi sistem brek antikekunci (ABS) pada roda depan dan belakang.

Terdapat dua warna ditawarkan iaitu biru (Race Blue) manakala kelabu (Matt Grey) boleh didapati bermula Januari depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi setiap pembelian, pengguna akan menerima kunci cakera yang unik.

Harga jualan bagi MT-07 ialah RM38,288 termasuk cukai jualan (tanpa insurans dan yuran pendaftaran).

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.yamaha-motor.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar Yamaha yang sah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini