Tiada sidang akhbar untuk keputusan UPSR dan PT3 - Utusan Malaysia

Tiada sidang akhbar untuk keputusan UPSR dan PT3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tiada sidang akhbar khas akan dibuat bagi mengumumkan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, keputusan bagi kedua-dua peperiksaan itu bukan kayu pengukur bagi menilai prestasi pelajar secara keseluruhan sebaliknya ia hanya untuk penilaian dalaman di peringkat sekolah.

“Kementerian Pendidikan mengambil berat mengenai tekanan yang dihadapi oleh pelajar berhubung keputusan peperiksaan. Oleh itu, untuk keputusan UPSR tahun ini kita memang sudah membuat keputusan bahawa kita tidak akan mengadakan sidang akhbar untuk menguar-uarkan keputusan peperiksaan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PT3 juga sama. Kita harap pelajar memandang perkara ini sebagai satu penilaian untuk membantu ibu bapa dan guru bagj mengetahui tahap prestasi pelajaran mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia 2018 dan Sumbangan Susu Sekolah kepada Murid-murid Sekolah Rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Nie Ching berkata, perkara itu turut mengambil kira tekanan yang dihadapi pelajar yang menduduki peperiksaan serta menegaskan kaunseling sekolah perlu fokus dalam memainkan peranan mereka untuk membantu pelajar. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini