Jenazah Wan Amizan selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Wan Amizan selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 2 Sept. – Jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jengka 1, kira-kira pukul 1 petang ini.

Jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan itu dengan diiringi ibunya, Kamariah Dahaman, 67, lima anak dan saudara mara.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham yang tiba di rumahnya kira-kira pukul 11.10 pagi dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid An-Nur Jengka 12 pada pukul 12.20 tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara yang hadir Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah serta pemimpin setempat.

Allahyarham meninggal dunia di Sri Lanka ketika mendapatkan rawatan masalah buah pinggang pada Ahad lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Seri Illyana Haron dan lima anak.

Allahyarham yang berumur 42 tahun menjadi ADUN Tahan selama dua penggal bermula 2008 sebelum tewas kepada calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini