Pekerja melecur kotak fius meletup akhirnya meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pekerja melecur kotak fius meletup akhirnya meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 1 Okt. – Seorang pekerja subkontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini meninggal dunia selepas 10 hari dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat melecur teruk dalam insiden letupan dan kebakaran di Bayan Lepas baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan berkata, mangsa, Mohd. Zulfaiz Abd. Wahab, 27, meninggal dunia kira-kira pukul 3.17 petang tadi.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terbakar hingga menyebabkan kerosakan yang teruk pada organ dalamannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 21 September lalu, mangsa melecur di beberapa bahagian anggota badan apabila sebuah kotak fius pencawang elektrik terbakar dan meletup berhampiran Pangsapuri Kejora, Bayan Lepas.

Kejadian itu disedari seorang kerani pengurusan yang terdengar bunyi letupan di kawasan tersebut sebelum bergegas ke tempat kejadian dan ternampak mangsa dalam keadaan berasap sambil cuba menanggalkan helmet serta pakaiannya yang terbakar.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu sedang membuat pemeriksaan berkaitan kekuatan pengagihan bekalan tenaga TNB ke kawasan sekitar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini