Polis nafi seleweng wang rampasan dari kediaman Najib - Utusan Malaysia

Polis nafi seleweng wang rampasan dari kediaman Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan wujud penyelewangan oleh pasukannya terhadap rampasan wang tunai bernilai RM43.3 juta dari unit kediaman di Pavillion Residences berkaitan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa lesap.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, berlakunya dakwaan oleh pihak tertentu bahawa PDRM melakukan penyelewangan terhadap sejumlah wang tunai yang dirampas dari premis tersebut.

“PDRM memandang berat dakwaan yang dilemparkan kerana ia mencalar kredibiliti pasukan kami terutamanya melibatkan kes berprofil tinggi seperti itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap tindakan polis dalam kes tersebut dilaksanakan dengan teliti dan turut membabitkan pihak pengurusan Pavilion Residences serta Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi menambah, kesemua pegawai dan anggota yang dipilih untuk menjalankan penggeledahan dan rampasan telah diberikan taklimat terperinci oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh bagi memastikan ia dijalankan mengikut undang-undang.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti bagi menyokong dakwaan tersebut diminta membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dilakukan dan ia wajar untuk membersihkan nama dan imej PDRM.

“PDRM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan spekulasi negatif atau menyentuh sensitiviti kaum sehingga mengeruhkan keadaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini