JPJ Kedah buka bidaan siri KEQ mulai hari ini - Utusan Malaysia

JPJ Kedah buka bidaan siri KEQ mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah membuka bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri KEQ 1 hingga 9999 kepada orang ramai secara tawaran bermula hari ini hingga 15 Oktober ini.

Pengarah JPJ negeri, Ismasuhaimi Shariff berkata, nombor yang dijangka memperoleh bidaan tertinggi adalah KEQ 1 yang dianggarkan melebihi RM150,000.

“Selain itu, nombor pendaftaran yang dijangka mendapat sambutan adalah KEQ 7 yang mana ia kelihatan seperti jenama kenderaan Audi Q7,” katanya pada sidang akhbar di pejabat JPJ di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kata beliau, pihaknya menganggarkan jualan keseluruhan bagi siri KEQ adalah lebih RM1 juta dengan nombor siri KEQ 1 mendapat bidaan tertinggi.

Menurut Ismasuhaimi, jualan nombor pendaftaran bagi siri sebelum ini iaitu KEP sehingga semalam adalah sebanyak RM899,347 dengan bidaan tertinggi adalah KEP 1 bernilai RM150,000.

“Secara keseluruhan, siri KEN mendapat jualan keseluruhan tertinggi iaitu sebanyak RM4.13 juta diikuti siri KEE sebanyak RM1.87 juta manakala nombor pendaftaran yang mendapat bidaan tertinggi adalah KEN 1 iaitu RM510,000,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini