Beri peluang Tun Mahathir tadbir negara satu penggal - Utusan Malaysia

Beri peluang Tun Mahathir tadbir negara satu penggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu terus diberi peluang mentadbir negara selama lima tahun.

Beliau berkata, Mahathir tidak sepatutnya meletakkan jawatan hanya kerana mahu memberi laluan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan tersebut.

“Saya lebih suka Perdana Menteri sekarang jalankan tugas selagi mampu untuk buat pembetulan kerana beliau mempunyai banyak pengalaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun tidak sebati (sependapat) tetapi bagilah tempoh cukup dulu, takkan beberapa bulan (tadbir) dah nak turun dan ini tidak mengikut moral politik yang sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum kali ke-14 di sini hari ini.

Seramai 15 penuntut kolej itu menerima Diploma Syariah masing-masing.

Sementara itu, ketika ditanya tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen P.132 Port Dickson,  Abdul Hadi mengakui pihaknya tidak boleh mengharapkan undi daripada ahli parti sendiri semata-mata.

“Penting bagi kita untuk mendapatkan undi daripada pihak lain yang mahu buat perubahan,” ujarnya. -K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini