43 nelayan terima pukat sumbangan Etika Takaful, IAM - Utusan Malaysia

43 nelayan terima pukat sumbangan Etika Takaful, IAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 29 Sept. – Seramai 43 nelayan di daerah ini menerima bantuan set pukat daripada Etiqa Takaful Berhad (Etiqa Takaful) dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM).

Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata, sumbangan berkenaan bertujuan membantu meringankan beban yang dihadapi oleh komuniti nelayan di negeri ini.

“Sumbangan ini merupakan keprihatinan pihak IAM dan Etiqa Takaful mengenai nasib golongan nelayan yang kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan menangkap ikan terutama pukat.

“Program bantuan ini melibatkan peruntukan zakat perniagaan Etiqa Takaful yang dilaksanakan melalui IAM,” katanya kepada pemberita pada Program Kemanusiaan Bantuan Pukat Kepada Nelayan di Jeti Nelayan Beserah di sini hari ini.

Sumbangan itu disempurnakan oleh Ketua Pengurusan Prestasi Wilayah Etiqa Insurans dan Takaful, Mohd. Rohaizad Samsuddin.

Sementara itu, Mohd. Rohaizad berkata, bantuan tersebut sebahagian daripada sumbangan zakat Etiqa Takaful disumbangkan terus kepada institusi kebajikan yang layak di bawah program Tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa.

“Bagi saya program bagi tahun ini dilihat sebagai yang terbaik kerana memberi bantuan set yang lengkap termasuklah pukat, tong ikan, joran, dan peralatan memancing kepada nelayan berbanding sebelum ini.

“Kira-kira RM30,000 dibelanjakan bagi pembelian pukat sahaja daripada RM50,000 kos keseluruhan yang diperuntukkan setiap tahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×