Tinggalkan UMNO jika terpalit skandal peribadi - Asyraf - Utusan Malaysia

Tinggalkan UMNO jika terpalit skandal peribadi – Asyraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Sesiapa sahaja pemimpin UMNO yang terpalit dengan apa juga bentuk penyimpangan diminta keluar daripada parti itu.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO yang kini perlu meraih kembali dokongan rakyat tidak boleh lagi pada sebilang masa dijadikan perisai kedurjanaan diri.

Dalam ucapan dasarnya yang bertajuk Kembali Bangkit, Asyraf Wajdi menegaskan, tindakan menunggang parti merupakan antara penyebab UMNO ditolak dalam pilihan raya umum lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Undurlah secara terhormat, jangan sesekali jadikan parti sebagai perisai kepada segala kedurjanaan diri.

“Janganlah mengheret parti bersama-sama dengan kecurangan peribadi,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini