NGO jumpa SPRM Isnin ini - Utusan Malaysia

NGO jumpa SPRM Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin ini berhubung isu kilang sisa plastik haram yang berleluasa di daerah itu.

Pengerusinya, Tan Ching Hin berkata, pihaknya nekad untuk membawa isu tersebut ke SPRM selepas pertemuan dengan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) semalam tidak me­nemui sebarang jalan penyelesaian.

Katanya, pertemuan selama lebih sejam bersama beberapa ahli majlis MDKL termasuk Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A. Hamid gagal menjawab banyak persoalan yang ditimbulkan penduduk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dan beberapa ahli persatuan datang ke MDKL untuk membincangkan isu kilang sisa plastik haram ini bersama pimpinan tertinggi MDKL. Namun banyak perkara yang kami bawa gagal dijawab jelas oleh pihak MDKL.

“Antara persoalan yang dibawa semasa perbincangan tadi (semalam) adalah terdapat beberapa buah kilang yang tidak mendapat kelulusan dan lesen daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) boleh beroperasi di da­erah itu dan pihak MDKL telah meluluskan pembinaannya tanpa kelulusan JAS,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini