[VIDEO] Bandar Palu di Sulawesi dilanda tsunami - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bandar Palu di Sulawesi dilanda tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 28 Sept. – Tsunami berukuran 1.5 meter membadai bandar Palu, Sulawesi selepas berlakunya gempa bumi berukuran 7.5 magnitud hari ini menyebabkan banyak bangunan runtuh namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Video MEDIA SOSIAL

Ketua Agensi Geofizik dan Meteorologi (BMKG) Indonesia, Dwikorita Karnawati berkata, pihak berkuasa menerima maklumat bahawa bandar itu telah dilanda tsunami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tsunami berukuran 1.5 meter itu telah surut. Keadaan menjadi kelam kabut. Orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri di jalan raya dan bangunan runtuh. Sebuah kapal tersadai di pantai,’’ katanya.

Terdahulu BMKG telah mengeluarkan amaran tsunami namun sejam kemudian amaran itu ditarik balik.

Rakaman video amatur yang disiarkan televisyen tempatan menunjukkan ombak besar menghentam rumah-rumah di tepi pantai di bandar berkenaan namun kesahihan rakaman video itu masih belum dapat dipastikan.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Negara, Muhammad Syaugi berkata, pihaknya telah menghantar kapal besar dan helikopter untuk membantu operasi namun mereka masih gagal menghubungi pasukannya di Palu. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini