Wajib pulihkan UMNO - Utusan Malaysia

Wajib pulihkan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Kegagalan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak boleh terus diratapi kepemimpinan dan akar umbi UMNO sebaliknya mereka perlu bingkas bangkit.

Hal demikian ini kerana di negara ini sudah tidak ada lagi parti Melayu yang dominan kecuali UMNO.

Berikutan itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu parti tersebut terus menjadi wadah dalam membela nasib bangsanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tegas beliau, kalau dibiarkan UMNO tanpa peduli, siapa lagi yang akan memperjuangkan kepentingan strategik orang Melayu.

“Pakatan Harapan (PH) tidak mewakili majoriti parti Melayu. Terlalu kecil peranannya dalam politik Melayu.

“Kerana itu, tuntutan membangunkan semula UMNO, merawatnya, memulihkan wibawanya, bukan lagi satu pilihan. Tetapi kewajipan,” katanya ketika berucap merasmikan serentak persidangan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 di sini, hari ini.

Mohamad berkata, tanpa UMNO akan hilang gerakan Melayu yang sebenarnya dan tanpanya juga orang Melayu hilang parti kebangsaan.

“Percayalah, kehilangan perjuangan kebangsaan dari pentas politik Malaysia akan menjerumuskan bangsa Melayu ke kedudukan yang lemah dan terancam kelangsungannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini