Teong Kim tetap pertahan NFDP - Utusan Malaysia

Teong Kim tetap pertahan NFDP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JURULATIH skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Lim Teong Kim menegaskan bahawa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) tidak gagal meskipun pasukannya tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A Kejohanan Konfe­derasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

“Keputusan kali ini tidak memihak kepada kami, namun pemain menunjukkan aksi terbaik dan ia menunjukkan NFDP sudah berada pada landasan yang betul.

“Kita kena berani melabur dan bukan menyimpan jika mahu melihatnya untuk tempoh jangkan masa yang panjang. Jika kita tidak bermula dari sekarang, bila lagi kita nak lihat hasilnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemain saya telah mula berlatih pada usia 12 dan 13 tahun dan ia merupakan satu cabaran kerana ada di antara mereka yang tendang bola pun masih belum betul.

“Saya lihat usaha ini perlu diteruskan untuk membangun­kan bakat-bakat yang ada ke­rana di Eropah mereka turut melakukan perkara yang sama.

“Saya berani berkata demi­kian kerana saya sebelum ini pernah mengendalikan Bayern Munich selama 12 tahun,” kata­nya selepas perlawanan tersebut.

Teong Kim turut menekankan bahawa pelaburan yang lebih besar amat diperlukan untuk terus membangunkan program bola sepak di peringkat akar umbi.

“Ia adalah percubaan pertama NFDP dan usaha ini perlu dite­ruskan untuk melihat kejayaannya selepas ini,” ujarnya.

NFDP merupakan program pelapis pertama hasil kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Diwujudkan pada tahun 2014, NFDP bertujuan membangunkan bakat-bakat muda, dan kejohanan kali ini merupakan ­ujian kepada mereka dalam usaha untuk mere­but slot Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Dalam aksi semalam, kesilapan pemain pertahanan Malaysia yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya berjaya dimanfaatkan Shoji Toyama untuk meletakkan Jepun di depan pada minit ke-36 sebelum Hikaru Naruoka melengkapkan gol kedua untuk kemenangan Samurai Biru pada masa kecederaan babak kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini