Isa Samad keluar UMNO dua hari lalu - Utusan Malaysia

Isa Samad keluar UMNO dua hari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 28 Sept. – Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mendedahkan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dari UMNO dua hari lalu.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang itu berkata, beliau bertindak demikian kerana mahu bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Katanya, disebabkan UMNO memboikot PRK tersebut beliau tahu bahawa terdapat kemungkinan akan dipecat dan dilucutkan keahliannya jika bertanding.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila saya telah serahkan surat peletakan jawatan dua hari lalu, maka saya bukan lagi ahli UMNO. Saya tidak perlu bertanya sesiapa untuk bertanding,” katanya dalam satu sidang akhbar, di sini malam tadi.

Bekas Ahli Parlimen Jempol itu hari ini mengumumkan akan bertanding dalam PRK Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Sementara itu, Mohd. Isa berkata, beliau bertanding untuk menang dalam PRK tersebut dan yakin pengundi di Port Dickson akan menyokongnya.

“Saya telah berkhidmat untuk masyarakat di sini lebih 40 tahun dan orang Port Dickson kenal dan tahu perkhidmatan saya. Saya serahkan kepada mereka untuk membuat keputusan sama ada saya sesuai untuk menjadi Ahli Parlimen,” katanya.

Katanya, pucuk pimpinan UMNO tidak pernah mendapatkan pandangan beliau yang merupakan ‘orang lama’ di Parlimen tersebut tentang PRK itu atau calon yang layak diletakkan parti berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini