TAIPING – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki manakala rakannya yang merupakan pesalah juvana dihukum penjara selepas mereka didapati bersalah membunuh isteri seorang anggota polis trafik di Taman Tanjong Emas, Ulu Kinta, Ipoh tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Asmadi Hussin menjatuhi hukuman itu ke atas A. Nagarujun, 22, dan rakannya yang berusia 17 tahun ketika kejadian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama membunuh Izaah Abdullah, 52, di sebuah rumah di Taman Tanjong Emas, Ulu Kinta, Ipoh antara pukul 12.30 tengah malam dan 2 pagi 11 Februari 2015.
Memuatkan artikel berkaitan…











