Isu penduduk Kg. Padang Jawa selesai - ADUN - Utusan Malaysia

Isu penduduk Kg. Padang Jawa selesai – ADUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 27 Sept. – Isu 35 penduduk Lot 626 dan 1416, Kampung Padang Jawa, Klang diusir pemaju berjaya diselesaikan secara rundingan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, peguam yang mewakili penduduk dan peguam pemaju pada Isnin lalu.

Rodziah berkata, pertemuan tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Keputusan mengenai hasil perbincangan telah dicapai. Walau bagaimanapun, peguam penduduk mohon untuk diberikan tempoh sehingga 28 September ini (Jumaat) untuk diumumkan kerana perlu berjumpa dengan 34 orang penduduk terlebih dahulu,” jelasnya dalam satu kenyataan, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, Rodziah melahirkan kekesalan dengan tindakan segelintir pihak yang cuba mengeruhkan keadaan.

“Kami menyeru agar semua pihak bersama membantu penduduk dan bukannya menyebarkan tohmahan,” ujarnya lagi.

Pada 4 April lalu, sebanyak 50 penduduk yang merupakan pe­neroka asal di kawasan tersebut berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mengadakan demonstrasi secara aman bagi me­nuntut kerajaan negeri mempertahankan me­­reka da­­ripada diusir.

Sebelum ini, pendu­duk te­lah menyerahkan memorandum kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya menghentikan pengusiran penduduk Kampung Padang Jawa.

Walau bagaimanapun, minggu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Prihatin Lot 626 dan 1416 Padang Jawa, Azman Mohd. Taib berkata, penduduk hairan bagaimana mereka boleh mene­rima notis bailif (wirit) sedangkan satu perbinca­ngan sedang dijalankan bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Dan Kehidupan Ban­dar, Haniza Talha.

Jelasnya, penduduk yang merupakan golongan peneroka asal telah tinggal di kawasan itu sejak dari 1970-an dengan perjanjian sewaan yang diperbaharui setiap tahun antara generasi pertama peneroka dengan pemilik asal.

“Perkara ini telah dibawa ke Mahkamah Rayuan dan hakim memerintahkan bahawa penduduk bukan penceroboh tetapi penghuni yang menduduki tanah dengan kebenaran selain mengarahkan pemaju me­lalui pendengaran penuh di mahkamah sebelum menuntut milikan tanah.

“Penduduk kesal kerana dianiaya oleh pemaju dan nasib mereka tidak dihiraukan oleh ADUN, sedangkan perkara sama berlaku kepada peneroka di Kampung Rimba Jaya dan mereka mendapat rumah di tempat asal, namun kami sebaliknya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini