Sesat mendaki Bukit Broga, lima penuntut kolej ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Sesat mendaki Bukit Broga, lima penuntut kolej ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Sept.- Lima penuntut sebuah kolej swasta yang sesat kira-kira satu jam ketika mendaki Bukit Broga di Semenyih dekat sini berjaya ditemukan, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, kelima-lima mangsa terdiri daripada dua warga tempatan dan tiga warga Pakistan berusia antara 19 hingga 32 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 9.50 malam.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.50 malam dan empat anggota bomba bertugas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pasukan penyelamat mendapati loma mangsa termasuk seorang lelaki itu sesat namun sejam kemudian mereka ditemukan selamat dan dibawa turun ke kaki bukit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kemua mangsa dibenarkan pulang selepas disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan oleh pegawai perubatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini