Penyokong Kelantan buat Yusri sebak - Utusan Malaysia

Penyokong Kelantan buat Yusri sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 23 Sept – Kesanggupan penyokong setia Kelantan membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi dan tidak berganjak walaupun hujan turun pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2018 menentang Sabah membuatkan pemangku jurulatih The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah sebak.

Perasaan  itu jelas terpampang di raut wajah anak jati kelahiran Perlis itu apabila hampir 14,000 peminat setia TRW membanjiri gelanggang keramat mereka selepas sekian lama ‘kosong’ gara-gara prestasi terumbang-ambing yang diperagakan oleh pasukan sepanjang musim ini.

Tanpa berselindung, Yusri mendedahkan tujuh bulan beraksi tanpa kehadiran ribuan penyokong di Kota Bharu bukanlah satu tugas mudah buat dirinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah selepas tujuh bulan, mereka (penyokong) kembali semula bersama kita. Jesteru saya berharap para pemain terus memberikan aksi terbaik dalam kancah Piala Malaysia musim ini,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, tonggak pertahanan Baktyiar Duishobekov meletakkan Kelantan dihadapan pada minit ke-29 sebelum Nik Akif Syahiran Nik Mat menghadiahkan kemenangan menerusi sepakan penalti di babak-babak akhir separuh masa pertama.

Terdahulu, pada minit ke-39, Sabah dirundung malang apabila terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas Randy Baruh dilayankan kad merah dan seminit berselang, Herman Peter menjaringkan gol saguhati buat pasukannya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini