SHAH ALAM – Seorang operator kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal maut selepas dipanah petir di Kilometer 27, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berhampiran Plaza Tol Kota Kemuning di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang, mangsa, Wan Mohmad Rusdi Wan Rusli, 28, yang berasal dari Telok Panglima Garang, Banting, dekat sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Seksyen 26, di sini dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal jenis EX5.
Memuatkan artikel berkaitan…











