Kelantan raih kemenangan tipis - Utusan Malaysia

Kelantan raih kemenangan tipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 22 Sept – Kelantan sekadar membawa bekalan tipis ke Kota Kinabalu apabila mampu menang 2-1 ke atas Sabah dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Terdahulu, tonggak pertahanan Baktyiar Duishobekov menggamatkan suasana apabila meledakkan jaringan pertama Kelantan menerusi tandukan jarak dekat

yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang pelawat Rozaimie Rohim ke-29.

Memuatkan artikel berkaitan…

Minit ke-39, pelawat dirundung malang apabila terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas Randy Baruh dilayangkan kad kuning kedua akibat mengasari Mohamad Azwan Aripin sekaligus diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan Mohammad Zamzaidi Katimin.

Situasi itu tidak merentap semangat lawan pelawat dan mereka kemudian bangkit dengan jaringan penyamaan seminit berselang menerusi rembatan kencang Hamran Peter.

Menuju minit-minit akhir babak pertama, Kelantan memperoleh sepakan penalti selepas Mohammad Imran Samso dijatuhkan oleh pemain pelawat.

Nik Mohd Akif Syahiran Nik Mat yang mengambil sepakan itu tenang meletakkan bola di sudut sebelah kanan jaringan untuk mengecewakan Rozaimie sekaligus menjadikan kedudukan 2-1.

Masuk babak kedua, pelawat yang beraksi dengan sepuluh pemain tidak berputus asa sebaliknya hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan Hector Ramos pada minit ke-49 namun sedikit tersasar dari pintu gol Kelantan.

Tersentak dengan asakan pelawat, tuan rumah bangkit dengan serangan bertali-arus ke kubu Sabah namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah biarpun memiliki deretan peluang terhidang.

Sabah terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan apabila rembatan Ramos pada minit ke-74 sekadar singgah di tiang gol sebelah kanan pasukan Kelantan walaupun Mohamad Faridzuean Kamaruddin sudahpun tertewas.

Keputusan 2-1 itu kekal hingga tamat perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini